Sistem Solar

Sistem Solar merupakan satu kawasan yang terdiri daripada tarikan graviti bintang utama iaitu matahari dan beberapa planet, planet kerdil, bulan dan batuan – batuan. Setiap objek didalam sistem ini bergerak mengikut laluannya tersendiri, dan ada diantaranya yang mengorbit Matahari secara sekata. Jom kenali planet -planet yang ada didalam sistem solar.

Matahari

Matahari adalah sebuah bintang dimana wujudnya pembakaran gas hidrogen dan helium yang menyebabkan ianya bersinar dengan cahaya yang terang.

Cahaya dari pembakaran yang berlaku di Matahari mengambil masa sehingga 8 minit untuk tiba dibumi.

Lebih satu juta bumi mampu dimuatkan didalamnya, walaupun ia dianggap sebagai sebuah bintang bersaiz biasa.

Sebagai pusat bagi sistem solar, semua planet mengelilingi matahari, termasuk bumi yang kita diami. Setiap satu pusingan mengelilinginya, satu tahun berlalu.

Matahari membesar setiap hari, dan akan tiba masanya nanti planet bumi akan ditelan olehnya.

Utarid

Planet Utarid merupakan planet yang paling hampir dengan Matahari.

Walaubagaimanapun, ia bukanlah planet yang paling panas. Ketiadaan atmosfera menyebabkan haba tidak terperangkap pada permukaannya.

Ianya juga merupakan planet yang paling kecil dalam sistem solar.

Satu tahun di Utarid bersamaan 88 hari di bumi.

Planet Zuhrah adalah planet yang paling hampir dengan bumi, bukannya Marikh.

Planet yang paling panas ini bersuhu purata 462°C.

Saiznya juga hampir sama dengan bumi, tetapi ianya berpusing amat perlahan pada landasannya. Satu tahun dibumi adalah lebih panjang dari satu hari di Zuhrah.

Dikala planet – planet lain berputar mengikut arah lawan jam, hanya Zuhrah dan Uranus yang berputar mengikut arah jam.

Saintis percaya planet ini pernah dilanggar oleh Asteroid pada suatu ketika dahulu, meyebabkannya menukar arah pusingannya.

venus

Zuhrah

Planet Bumi yang kita diami ini, merupakan planet ke tiga dari Matahari.

Satu- satunya planet yang didiami oleh manusia buat masa ini, dan mungkin buat selamanya.

Pusingan Bumi semakin perlahan setiap hari, tetapi akan mengambil masa kira – kira 140 juta tahun sebelum kita akan mempunyai 25 jam sehari.

Bumi

Atmosfera bumi dilapisi dengan lapisan ozon yang melindungi kita semua dari sinar UV dari Matahari.

70% dari permukaan bumi kita diliputi oleh lautan dan saliran, dan hanya 30% merupakan daratan.

Bulan yang menyinari pada malam hari, sebagai pendamping kepada bumi. Malah, ia juga mempengaruhi pasang surut bagi air di tepian pantai.

Marikh

Anda mungkin menyangka hanya bumi yang mempunyai air. Tanggapan ini mungkin salah kerana para pengkaji telah menemui bukti-bukti kewujudan air di Planet Marikh.

Planet yang keempat ini mempunyai luas daratan yang hampir sama dengan bumi walaupun saiznya hanya 1/3 dari saiz bumi. Ini kerana bumi diliputi oleh lautan yang besar.

Gunung yang tertinggi di dalam sistem solar juga terletak di planet ini, Olympus Mons pada ketinggian 21 km.

Selain bumi, planet Marikh mungkin merupakan tempat tinggal yang paling sesuai bagi manusia.

Gelang Asteroid

Planet Musytari merupakan planet terbesar didalam sistem solar.

1 tahun di Musytari mengambil masa kira – kira hampir 12 tahun dibumi.

Planet ini mempunyai 67 buah bulan bagi menemaninya.

Lapisan awan pada planet ini sangat unik, membuatkannya kelihatan cantik.

Bahagian atas Jupiter terbahagi kepada beberapa zon yang terdiri dari kristal ammonia, sulfur dan di permukannya, terdapat lautan terbesar di sistem solar yang dipenuhi hidrogen cecair.

Musytari

Zuhal

Planet Zuhal mempunyai gelang yang terdiri daripada ais dan debuan karbon.

Saiz dan komposisi planet ini adalah hampir sama dengan planet Musytari.

Angin di planet ini adalah sangat laju, boleh mencecah 1,800 km/h.

Jarak planet keenam dalam sistem solar ini dengan matahari adalah sekitar 1,424,600,000 km.

Dan planet Zuhal dikelilingi sehingga 150 bulan.

Planet Uranus mula ditemui pada tahun 1781, merupakan planet yang pertama dijumpai manusia.

Kedudukannya yang sedikit senget mungkin disebabkan oleh perlanggaran dengan asteroid pada suatu ketika.

Ia juga dikenali sebagai ‘Ice Giant’ dimana permukaannya diselaputi oleh kristal ais dari ammonia, air dan metana.

Planet ini mempunyai 13 gelang yang mengelilinginya, dan saintis percaya merupakan tinggalan cebisan bulan-bulan yang telah dilanggar.

Planet ini juga adalah planet yang paling sejuk dengan suhu minima yang mencecah -224°C.

Uranus

Neptun

Satu tahun di Planet Neptun mengambil masa kira -kira 165 tahun dibumi.

Planet yang paling jauh dari matahari ini mempunyai graviti yang cukup kuat, dan menyebabkan ribut sebesar saiz bumi pada permukaannya.

Buat masa ini, hanya ada sebuah kapal angkasa yang telah terbang melepasi planet dihujung  sistem solar ini, iaitu ‘Voyager II’.

Planet ini juga sebenarnya mempunyai gelangnya yang tersendiri, cuma ia kurang kelihatan.

Planet adalah objek yang mengelilingi matahari pada orbitnya(1), mempunyai jisim yang bulat atau sfera(2), dan tidak mempunyai bendasing pada orbitnya(3).

Beberapa tahun yang lalu, Planet Pluto juga termasuk dalam senarai planet, akan tetapi ianya kini digelar sebagai Planet 'Kerdil' disamping 4 planet yang lain iaitu Ceres, Haumea, Makemake dan Eris.

Kongsikan: