Berapa Biji Belon Diperlukan Untuk Terapung?

Belon Terapung dan tidak Terapung

Pernahkah anda tertanya mengapa belon yang ditiup dengan udara dari mulut anda jatuh ke tanah, tetapi belon yang diisi dengan gas helium terapung di udara?

Fenomena ini ada kaitan dengan konsep ketumpatan dan daya apungan dalam sains. Semua benda mempunyai ketumpatan, iaitu jisim per unit isipadu, termasuk udara di sekeliling kita juga.

Apabila sesuatu objek mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada udara, ia akan terapung sebagaimana bot terapung pada permukaan air kerana ketumpatannya lebih rendah daripada air.

Helium adalah gas yang sangat ringan dengan ketumpatan hanya 0.1785 gram per liter, manakala udara di sekeliling kita mempunyai ketumpatan kira-kira 1.225 gram per liter.

Ini bermakna helium lebih ringan daripada udara, jadi belon yang diisi dengan helium akan mempunyai ketumpatan keseluruhan yang lebih rendah daripada udara sekeliling, menyebabkannya terapung.

Budak Terapung

Berapa banyak belon helium yang diperlukan untuk membuat anda terapung? Mari kita kira! Setiap belon helium standard boleh mengangkat kira-kira 14 gram. Letakkan berat anda di bawah untuk mengetahui jumlah belon yang diperlukan.

Berat Anda (kg):

20kg

50kg

150kg

Jumlah belon helium yang diperlukan:

3,572

Antara fakta menarik lain bagi Helium adalah:

Sumber Helium

Helium dihasilkan secara semula jadi dari pereputan unsur radioaktif dalam bumi dan sering ditemui dalam deposit gas asli.

MRI Helium

Helium turut digunakan dalam MRI perubatan, penyelidikan saintifik, dan sebagai gas pelindung dalam kimpalan.

Helium Bunyi

Apabila menyedut helium, suara menjadi lebih nyaring karena helium kurang tumpat daripada udara, menyebabkan gelombang bunyi bergerak lebih cepat.

Helium Banyak

Helium adalah unsur kedua paling banyak di alam semesta, membentuk kira-kira 24% jisim unsur alam semesta.