
Sehari hanya akan mempunyai 6-8 jam berbanding 24 jam ketika ini.

Dan pertukaran musim bunga, luruh, panas serta sejuk tidak akan wujud sama sekali.

Tanpa tarikan bulan, putaran bumi akan menjadi lebih laju mengakibatkan kedudukan pada paksinya menjadi tidak stabil.

Ada hari dengan ribut berpanjangan, dan esoknya hari yang tenang. Ramalan kaji cuaca tak dapat berfungsi dengan sempurna.

Dan, setiap malam sudah pastinya gelap gelita tanpa cahaya dari lampu bulan.

Haiwan juga mungkin akan terus tinggal di dalam lautan selamanya, tanpa pasang surut yang menyebabkan mereka terdampar didaratan.
Dan anda rasa dapatkah kita tinggal di bumi dengan keadaan seperti ini? Jutaan tahun yang lalu, hampir kesemua hidupan hanya tinggal didalam lautan. Lahar dari gunung berapi didalam laut mengeras lalu membentuk daratan.
Tarikan graviti bulan menyebabkan terjadinya pasang surut dan dengan itu beberapa spesis hidupan air mula berevolusi untuk tinggal di daratan. Begitu juga dengan tumbuhan - tumbuhan yang asalnya hidup didalam air.
Begitulah besarnya peranan bulan dalam melestarikan ekosistem dunia kita ini. Jadi, macam mana cara kita berterima kasih pada bulan? Dengan menghargai sang penciptanya :D