Haiwan ini mula memburu sebelum lahir!

Tahukah anda, pertempuran pertama dalam kehidupan jerung bermula sebelum ia dilahirkan? Spesis jerung Sand Tiger yang biasa hidup di kawasan cetek, tidak menunggu sehingga dilahirkan untuk mula berjuang, malah ia bermula dari dalam rahim lagi!

Dalam setiap rahim ibu jerung, beberapa telur yang disenyawakan akan berkembang. Sebaik sahaja embrio pertama menetas, ia akan mula memburu adik-beradiknya yang lain. Satu demi satu, ia mengejar, merobek, dan memakan mereka.

Fenomena brutal ini secara saintifik dikenali sebagai adelphophagy, yang bermaksud “makan saudara”. Oleh itu, sejurus jerung ini dilahirkan, ia sudah bersedia dengan gigi tajam, otot yang kuat, dan perut yang penuh.

Hanya dua anak jerung yang akan berjaya dilahirkan, dengan satu dari setiap rahim ibunya. Kedua-duanya adalah pemenang pertarungan yang ibunya sendiri tidak pernah saksikan. Yang pasti, hanya yang paling kuat, paling garang, dan paling berbahaya akan dapat melangkah dan berenang menuju ke alam dunia yang penuh pancaroba ini.

Antara fakta menarik lain bagi haiwan ini adalah:

Jerung kejar kucing

Ikan jerung mampu melihat dalam kegelapan, lebih baik dari kucing.

Jerung bisu

Ia tidak mempunyai kotak suara, maka secara ringkasnya, Bisu!

Jerung berenang

Ia boleh berenang dengan kelajuan sehingga 65km/j!

Jerung penyet

Ia tidak bertulang! yang ada hanya tulang rawan, macam telinga anda.

Dan, ikan jerung 🦈 sebenarnya lebih takut kepada manusia, dari takutnya manusia terhadapnya. Tapi, kalau ada peluang, mahukah anda berhadapan dengan pemburu alami ini??😨