Apa yang Terjadi Selepas Kita Makan Rendang Nyet?

Abang JNT

Beep beep! Abang courier sudah sampai di pagar rumah. Anda teruja untuk mencuba menu terbaru dari Khairul Aming, Rendang Nyet. Nasi pun dah ditanak panas - panas.

Sejurus parcel dibuka, plastik rendang dimasukkan kedalam ketuhar mikro, dan zapp, dituang sedia untuk dimakan. Nikmatnya terasa, semacam hari ni hari raya.

Sis Makan

Burppp! Syukur Alhamdulillah. Kenyang. Sedap sungguh, rezeki anda, semua daging ayam bahagian peha yang lembut isinya.

Makan tengahari pun selesai. Anda kembali ke sofa untuk melayan drama. Namun, di alam sebalik mata, perjalanan baru sahaja bermula. Rendang nyet yang hancur lumat dikunyah oleh 32 batang gigi anda baru sahaja memulakan perjalanan panjangnya didalam diri anda, dalam kegelapan.

Sebenarnya, proses pencernaan telahpun bermula dari waktu makan tadi lagi. Didalam mulut anda, air liur dipenuhi dengan pelbagai enzim membantu proses ini, dengan memecahkan zat-zat nutrisi dalam rendang yang dihancurkan.

Esophagus

Terjunan pertama setelah rendang anda ditelan, adalah melalui esofagus. Laluan sepanjang 25cm ini berkembang kuncup dan berlendir untuk memastikan pergerakan makanan berjalan dengan lancar.

Seterusnya, rendang akan meluncur masuk kedalam perut. lapisan otot yang menyerupai beg ini hanya bersaiz sebiji bola tenis ketika kosong, namun mampu berkembang sebesar bola sepak untuk menyimpan 2 paket rendang yang anda telan tadi.😁

Perut

Didalam lapisan perut, jus pencernaan dan asid akan dikeluarkan bagi memecahkan lagi rendang sambil membunuh bakteria yang mungkin ada. Otot -otot akan bekerja keras mengacau dan meramas rendang, sehingga ia berubah tekstur menjadi seperti sup pekat, yang sedia diluncurkan kedalam usus kecil!

Nutrien Diserap

Walaupun dipanggil usus kecil, panjangnya 6.5m dengan diameter 3cm menjadi laluan utama bagi segala nutrien dari sup pekat tadi untuk mula diserap masuk kedalam darah, melalui lapisannya yang boleh tembus (permeable).

Sesudah melalui laluan yang panjang dan berliku didalam usus kecil, perjalanan diteruskan bagi menelurusi laluan didalam usus besar pula, dengan panjang 1.5m dan lebar dua kali ganda dari usus kecil. Disini, air, garam dan mineral dari sisa -sisa yang tinggal dicernakan dan diserap kedalam badan anda.

Tinja

Sisa separuh pejal yang tinggal, dipanggil tinja, akan bergerak pula ke bahagian kolon dan rektum untuk disimpan sebelum proses seterusnya.

Pada waktu ini, anda mungkin akan mula berasa berat punggung, disebabkan tekanan yang dikenakan oleh tinja terhadap bahagian rektum

Sis ke Tandas

Akhirnya, anda pun bergerak ke tandas, dan proses terjunan gaya bebas yang terakhir pun berlaku apabila otot anus digerakkan untuk mengeluarkan tinja.

Satu pengembaraan yang tidak akan anda lupakan, dari hidangan yang menggoda hingga ke saat akhir yang penuh kelegaan!

Selain dari laluan yang dilalui oleh makanan secara langsung, terdapat beberapa organ penting lain yang terlibat dalam sistem pencernaan badan anda. Bolehkah anda senaraikan organ - organ tersebut?

Hati, Pundi Hempedu, Ginjal dan Pankreas merupakan organ - organ sistem pencernaan yang bertanggungjawab dalam penghasilan pelbagai jenis enzim, memproses nutrien yang diserap dan mengawal keseimbangan kimia dalam tubuh.