Apakah Hidupan Terbesar di Bumi?

Anda mungkin membayangkan hidupan yang terbesar di muka bumi ini merupakan seekor ikan paus gergasi, ataupun seekor dinasour yang telah hidup pada masa silam. Sebenarnya, hidupan yang mempunyai saiz yang terbesar merupakan sebuah terumbu karang gergasi iaitu haiwan yang bertubuh lembut, yang lebih dikenali sebagai the ‘Great Barrier Reef’, yang mana ianya bersaiz lebih 350,000 kilometer persegi, dengan panjang lebih 2,000 km. Hidupan ini merangkumi kira-kira 3,000 terumbu karang dan 900 pulau karang yang bersambungan dan berkait diantara satu sama lain. Ia juga merupakan satu-satunya struktur hidupan di bumi yang dapat dilihat dari angkasa. Namun, koloni karang yang rapuh ini mulai runtuh dan hancur oleh kesan daripada perubahan iklim, pencemaran, dan bencana buatan manusia.

The Great Barrier Reef - Sumber: bloomberg