Dari Mana Datangnya Hingus?

Anda pasti pernah mengalami selsema kan? Mungkin anda fikir, selsema ini datangnya disebabkan anda berada di tempat yang terlalu sejuk, ataupun kerana anda bermain dengan air hujan.Tetapi sebenarnya, penyakit ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus yang merebak melalui titisan air yang tersebar apabila orang yang telah dijangkiti bersin, atau mungkin juga tersebar melalui sentuhan pada objek – objek yang juga disentuh oleh penghidap selsema.Terdapat lebih 200 virus yang boleh menyebabkan selsema, termasuk Rhinovirus dan Coronavirus.

Apbila kita selsema, mulalah kita mencari tisu untuk mengelap hidung yang dipenuhi hingus, ada kalanya sehingga meleleh keluar dari lubang hidung kita. Dari mana datangnya cecair putih(ada kalanya kuning, hijau, oren dan hitam?) pekat ini? Adakah ianya cecair jus dari dalam otak kita, kemudiannya mengalir keluar? Sebenarnya, hingus dikeluarkan dari kelenjar pada bahagian belakang hidung kita. Cecair ini dihasilkan dengan lebih kerap ketika tubuh kita sedang dijangkiti dengan virus, bertujuan untuk memerangkap bakteria dan virus yang melalui hidung, dan seterusnya keluar dari diri kita.

Chronic-Rhino-Sinusitis_Q1_2019-3_03

Maka, walaupun kita mungkin berasa kurang selesa ketika menghidapi selsema, kita harus bersyukur kerana hinguslah yang membantu tubuh badan kita melawan bakteria dan virus yang ingin menyerang kita.