Mengapa Kita Bersin?

Setiap orang mesti pernah mengalami keinginan untuk bersin kan? Bersin sebenarnya mempunyai kebaikan kepada diri kita, kerana ia bertujuan untuk membuang partikel atau bendasing daripada dalam hidung kita.

Bagaimana Bersin Terjadi

Kebiasannya, apabila bendasing menyentuh satu bahagian didalam hidung yang dikenali sebagai mukosa, isyarat akan dihantar kepada otak kita untuk bertindak balas dengan menarik otot pada bahagian dalam mulut dan muka. Hal ini menyebabkan udara ditekan keluar dari paru-paru dalam keadaan laju melalui hidung.

Cahaya yang Terang

Anda tidak bersendirian sekiranya cahaya yang terang menyebabkan anda bersin. Para saintis menganggarkan sehingga 35% manusia pernah mengalami bersin akibat dari pencahayaan yang terang.

Mata Tertutup

Perasan tak setiap kali kita bersin, kita akan menutup mata kita? Hal ini terjadi kerana saraf mata dan hidung adalah saraf yang bersambung berfungsi untuk menghantar isyarat kepada otak kita. Maka, apabila isyarat untuk bersin dihantar, isyarat untuk megelipkan mata turut terhantar. Walaubagaimanapun, kajian mendapati bahawa anda mampu untuk menahan mata dari tertutup apabila anda bersin, dan tidak, mata anda tidak akan terkeluar sekiranya anda berbuat demikian.

Haiwan juga Bersin

Bukan manusia sahaja bahkan haiwan mamalia yang lain juga bersin. Malah, beberapa haiwan lain yang bukan mamalia seperti ayam dan iguana juga bersin. tujuan mereka bersin juga sama seperti kita, dan ada diantara haiwan-haiwan ini menggunakan bersin sebagai cara berkomunikasi, seperti sekumpulan Anjing liar dari spesis Afrika yang bersin sebagai tanda untuk memulakan pemburuan.

Cuba untuk Menahan Bersin

Tidak dinafikan mungkin ada situasi dimana kita cuba untuk mengelakkan diri daripada bersin. Berjayakah tindakan kita itu?
antara cara yang dikaji dapat mengurangkan keinginan kita untuk bersin adalah dengan:

1. tekan pada bahagian atas batang hidung secara perlahan.
2. tekan lidah pada bahagian lelangit atas mulut.
3. Tahan nafas sehingga 1osaat, atau
4. cuba untuk lepaskan nafas sekiranya anda sedang menarik/menyimpan udara didalam badan anda.