Sedalam Manakah Kita Mampu Menggali Bumi?

Sedalam Manakah Kita Mampu Menggali Bumi?

Pernah tak anda terfikir, apakah yang sebenarnya ada dibawah telapak kaki kita andainya kita menggali sehingga menembusinya. Bumi ini kan berbentuk sfera, mungkinkah dibawah kita sebenarnya ada bangunan kediaman orang lain, atau pantai yang indah, mahupun tengah lautan yang sunyi sepi? Kenapa ya, tidak ada sesiapa pun yang ingin menggali kedalam bumi sehinggalah ianya tembus dibahagian sisi yang satu lagi. Bayangkan sekiranya kita mula menggali kedalam tanah di sekitar Kuala Lumpur, mungkin ianya akan tembus ke Amerika!

Anda sebenarnya boleh mengetahui apa yang ada dihujung belahan dunia yang ada di bawah tapak kaki anda dengan melayari laman web antipodesmap.com dan melihat sendiri dimanakah tempat yang akan anda tembusi sekiranya anda selesai menggali nanti. Kalau tempat tinggal derp, ianya akan tembus ke sebuah bandar di Ecuador!

Sebenarnya, telah ada percubaan manusia untuk menggali kedalam perut bumi. Malangnya, sehingga ke hari ini, penggalian tersebut terhenti sehingga kedalaman 12km dibawah tanah sahaja. Itupun pada tahun 1970, dimana Rusia menjalankan projek yang dipanggil Kola Superdeep Borehole. Kenapa hanya 12km? Anda mungkin boleh meneka jawapannya.

Bumi ini tidaklah dipenuhi dengan tanah sahaja didalamnya. Tanah yang menyelaputi bumi ini hanyalah lapisan luar yang dikenali sebagai kerak bumi. Ianya pula hanya berketebalan diantata 17-50 km sahaja. Malah, struktur kerak bumi ini sendiri terdiri daripada dua jenis lapisan iaitu lapisan atas yang diliputi oleh granit dan lapisan bawah yang terdiri daripada batu keras yang dipanggil basalt. Selepas kerak bumi, kita akan sampai pula kelapisan kedua yang lebih tebal iaitu mantel, dan kemudiannya teras luar dan dalam.

Untuk mencapai ke bahagian teras dalam, kita memerlukan penggalian kira kira 2,400 km yang mana lebih 200 kali ganda daripada apa yang pernah dicapai oleh pihak Rusia. Maka apakah yang menghalang daripada penggalian ini berlaku?

Menariknya, walaupun kita mungkin hidup selesa dengan kelembapan udara sekitar 32°C, suhu didalam perut bumi adalah amat panas. Semakin dalam penggalian dijalankan, kita akan perlu menghadapi suhu yang lebih panas lagi. Pada kedalaman Kola Superdeep Borehole iaitu lebih kurang 12km, suhunya mencecah 180°C. Suhu ditengah teras dalam pula? Mencapai 5.700°C, atau hampir sama dengan suhu pada permukaan matahari. Jadi sudah pasti pendingin hawa sahaja tidak cukup untuk membantu usaha kita menggali kedalam sana.

Disamping itu, belum ada lagi teknologi yang mampu untuk digunakan bagi penggalian dikawasan yang bersuhu amat tinggi. Kalaupun ada, tentunya ia mempunyai kos yang sangat besar, dan para ilmuan masih beranggapan tiada jaminan bahawa aktiviti ini akan memberikan impak yang baik kepada kehidupan kita. Maka, mungkin kita akan memerlukan lebih masa lagi sebelum bumi ini ditembusi.

Sistem Solar

Sistem Solar

Sistem Solar merupakan satu kawasan yang terdiri daripada tarikan graviti bintang utama iaitu matahari dan beberapa planet, planet kerdil, bulan dan batuan – batuan. Setiap objek didalam sistem ini bergerak mengikut laluannya tersendiri, dan ada diantaranya yang mengorbit Matahari secara sekata. Jom kenali planet -planet yang ada didalam sistem solar.

Matahari

Matahari adalah sebuah bintang dimana wujudnya pembakaran gas hidrogen dan helium yang menyebabkan ianya bersinar dengan cahaya yang terang.

Cahaya dari pembakaran yang berlaku di Matahari mengambil masa sehingga 8 minit untuk tiba dibumi.

Lebih satu juta bumi mampu dimuatkan didalamnya, walaupun ia dianggap sebagai sebuah bintang bersaiz biasa.

Sebagai pusat bagi sistem solar, semua planet mengelilingi matahari, termasuk bumi yang kita diami. Setiap satu pusingan mengelilinginya, satu tahun berlalu.

Matahari membesar setiap hari, dan akan tiba masanya nanti planet bumi akan ditelan olehnya.

Utarid

Planet Utarid merupakan planet yang paling hampir dengan Matahari.

Walaubagaimanapun, ia bukanlah planet yang paling panas. Ketiadaan atmosfera menyebabkan haba tidak terperangkap pada permukaannya.

Ianya juga merupakan planet yang paling kecil dalam sistem solar.

Satu tahun di Utarid bersamaan 88 hari di bumi.

Planet Zuhrah adalah planet yang paling hampir dengan bumi, bukannya Marikh.

Planet yang paling panas ini bersuhu purata 462°C.

Saiznya juga hampir sama dengan bumi, tetapi ianya berpusing amat perlahan pada landasannya. Satu tahun dibumi adalah lebih panjang dari satu hari di Zuhrah.

Dikala planet – planet lain berputar mengikut arah lawan jam, hanya Zuhrah dan Uranus yang berputar mengikut arah jam.

Saintis percaya planet ini pernah dilanggar oleh Asteroid pada suatu ketika dahulu, meyebabkannya menukar arah pusingannya.

venus

Zuhrah

Planet Bumi yang kita diami ini, merupakan planet ke tiga dari Matahari.

Satu- satunya planet yang didiami oleh manusia buat masa ini, dan mungkin buat selamanya.

Pusingan Bumi semakin perlahan setiap hari, tetapi akan mengambil masa kira – kira 140 juta tahun sebelum kita akan mempunyai 25 jam sehari.

Bumi

Atmosfera bumi dilapisi dengan lapisan ozon yang melindungi kita semua dari sinar UV dari Matahari.

70% dari permukaan bumi kita diliputi oleh lautan dan saliran, dan hanya 30% merupakan daratan.

Bulan yang menyinari pada malam hari, sebagai pendamping kepada bumi. Malah, ia juga mempengaruhi pasang surut bagi air di tepian pantai.

Marikh

Anda mungkin menyangka hanya bumi yang mempunyai air. Tanggapan ini mungkin salah kerana para pengkaji telah menemui bukti-bukti kewujudan air di Planet Marikh.

Planet yang keempat ini mempunyai luas daratan yang hampir sama dengan bumi walaupun saiznya hanya 1/3 dari saiz bumi. Ini kerana bumi diliputi oleh lautan yang besar.

Gunung yang tertinggi di dalam sistem solar juga terletak di planet ini, Olympus Mons pada ketinggian 21 km.

Selain bumi, planet Marikh mungkin merupakan tempat tinggal yang paling sesuai bagi manusia.

Gelang Asteroid

Planet Musytari merupakan planet terbesar didalam sistem solar.

1 tahun di Musytari mengambil masa kira – kira hampir 12 tahun dibumi.

Planet ini mempunyai 67 buah bulan bagi menemaninya.

Lapisan awan pada planet ini sangat unik, membuatkannya kelihatan cantik.

Bahagian atas Jupiter terbahagi kepada beberapa zon yang terdiri dari kristal ammonia, sulfur dan di permukannya, terdapat lautan terbesar di sistem solar yang dipenuhi hidrogen cecair.

Musytari

Zuhal

Planet Zuhal mempunyai gelang yang terdiri daripada ais dan debuan karbon.

Saiz dan komposisi planet ini adalah hampir sama dengan planet Musytari.

Angin di planet ini adalah sangat laju, boleh mencecah 1,800 km/h.

Jarak planet keenam dalam sistem solar ini dengan matahari adalah sekitar 1,424,600,000 km.

Dan planet Zuhal dikelilingi sehingga 150 bulan.

Planet Uranus mula ditemui pada tahun 1781, merupakan planet yang pertama dijumpai manusia.

Kedudukannya yang sedikit senget mungkin disebabkan oleh perlanggaran dengan asteroid pada suatu ketika.

Ia juga dikenali sebagai ‘Ice Giant’ dimana permukaannya diselaputi oleh kristal ais dari ammonia, air dan metana.

Planet ini mempunyai 13 gelang yang mengelilinginya, dan saintis percaya merupakan tinggalan cebisan bulan-bulan yang telah dilanggar.

Planet ini juga adalah planet yang paling sejuk dengan suhu minima yang mencecah -224°C.

Uranus

Neptun

Satu tahun di Planet Neptun mengambil masa kira -kira 165 tahun dibumi.

Planet yang paling jauh dari matahari ini mempunyai graviti yang cukup kuat, dan menyebabkan ribut sebesar saiz bumi pada permukaannya.

Buat masa ini, hanya ada sebuah kapal angkasa yang telah terbang melepasi planet dihujung  sistem solar ini, iaitu ‘Voyager II’.

Planet ini juga sebenarnya mempunyai gelangnya yang tersendiri, cuma ia kurang kelihatan.

Planet adalah objek yang mengelilingi matahari pada orbitnya(1), mempunyai jisim yang bulat atau sfera(2), dan tidak mempunyai bendasing pada orbitnya(3).

Beberapa tahun yang lalu, Planet Pluto juga termasuk dalam senarai planet, akan tetapi ianya kini digelar sebagai Planet 'Kerdil' disamping 4 planet yang lain iaitu Ceres, Haumea, Makemake dan Eris.

Kongsikan:

Ramalan Alam Semesta

RAMALAN ALAM SEMESTA

Apakah yang akan terjadi kepada alam ini?

dengan ilmu sains, kita boleh membuat beberapa ramalan akan perkara ini...

Pada Tahun

2021

komet Halley akan kembali semula untuk dilihat dengan mata kasar

Pada Tahun

2061

akhirnya Pluto melengkapkan satu orbit mengelilingi matahari, sejak ia mula ditemui para saintis.

Pada Tahun

2178

setelah mengembara berbilion kilometer,

Voyager 1 akhirnya akan keluar dari sistem solar, menuju kearah awan Oort.

2300

Tahun Kemudian

Kepulauan baharu akan muncul pada peta dunia.

75000

Tahun Kemudian

Kebanyakkan dari buruj bintang yang dapat kita lihat pada hari ini akan hilang dari pandangan.

0
Juta Tahun Kemudian

Planet Marikh akan mempunyai gelangnya yang tersendiri.

0

Juta Tahun Kemudian

Planet Zuhal pula akan kehilangan gelangnya...

Selepas

0

Juta Tahun

Bulan akan terus memperlahankan bumi.

Satu hari akan mengambil masa 25 jam. Kita akan ada lebih banyak masa untuk diluangkan.

Selepas

180

Juta Tahun

Gerhana matahari penuh dapat dilihat bagi kali terakhir.

Oleh kerana kedudukan bulan yang semakin menjauh, gerhana penuh tidak lagi dapat terjadi.

Selepas

600

Juta Tahun

Matahari akan menjadi lebih terang, seterusnya menyebabkan proses fotosintesis tidak lagi dapat berlaku.

Tanpa tumbuhan diatas muka bumi,  tiada lagi hidupan yang mampu  bertahan.

dan bumi akan kembali didominasi oleh organisma sel tunggal

-------- Selepas 1.1 Bilion Tahun --------

Cahaya matahari akan menjadi 10% lebih terang.

Purata suhu pada permukaan bumi akan mencapai 47 °C. Dengan itu, lautan akan mengewap dan tiada lagi air pada muka bumi. Akan tetapi, kini planet Marikh pula mempunyai suhu yang ideal untuk hidupan.

-------- Selepas 1.1 Bilion Tahun --------

Matahari akan menjadi lebih terang, seterusnya  menyebabkan proses fotosintesis tidak lagi dapat berlaku.

-------- Selepas 5 Bilion Tahun --------

Galaksi Andromeda akan bertembung dengan Bima Sakti.

Mungkinkah nama galaksi baru kita digelar 'Milkdromeda'?

Akan terdapat lebih trilion bintang - bintang baru disekeliling kita.  Bayangkan permandangan yang dapat kita lihat pada waktu malam hari.

-------- AKAN BERSAMBUNG --------