Melawan Graviti

Eksperimen - Melawan Graviti

Air adalah suatu elemen yang sangat unik. Disamping ianya berada disekeliling kita dalam ketiga- tiga jirim iaitu pepejal, cecair dan gas, ia juga sebenarnya mampu untuk mengalir dalam keadaan yang tidak disangkakan, iaitu melawan graviti.

Aktiviti yang bakal kita jalankan akan menunjukkan bagaimana air dapat bergerak naik keluar dari gelas dan menuju kearah gelas yang lain.

Bahan – bahan yang diperlukan:

  • 1 gelas yang berisi 3/4 air
  • 1 gelas kosong
  • tisu dapur

Aktiviti:

1. Gulungkan tisu dapur supaya ia menjadi seolah -olah seutas tali.

2. Masukkan satu hujung tisu kedalam gelas yang berisi air, dan satu hujung lagi kedalam gelas yang kosong.

3. Perhatikan air didalam kedua – dua gelas. Apakah ianya mula seimbang?

Kesimpulan:

Apakah Proses yang terjadi?

Tisu yang anda letak kedalam gelas yang berisi air akan menjadi basah kerana ianya akan diresapi air secara perlahan. Kemudian, air didalam tisu tesebut akan bergerak pula kearah gelas yang kosong.

Proses ini dikenali sebagai ‘tindakan kapilari’ Ianya merupakan suatu proses dimana air bergerak kearah tempat yang mempunyai daya lekatan yang lebih kuat dari tempat yang sedang ia berada.

Cara yang paling mudah untuk menggambarkan situasi ini adalah sekiranya anda meletakkan tisu diatas mana – mana permukaan yang basah, anda akan dapati air bergerak secara spontan kearah tisu tersebut.

Proses yang sama juga berlaku dalam tumbuhan dimana air akan bergerak dari akar ke bahagian lain walaupun ianya melawan graviti.

Kongsikan:

Telur Terapung

Telur Terapung

Cuba anda ambil sebiji telur didapur, dan masukkan ia kedalam segelas air. Anda akan dapati telur tersebut akan tenggelam didalam air bukan?

Ini menunjukkan bahawa telur lebih tumpat daripada air. Jadi, bagaimana caranya untuk kita mengapungkan telur ini?

Kita harus meletakkannya didalam cecair yang lebih tumpat darinya.

 

Bahan – bahan yang diperlukan:

  • telur mentah
  • air paip
  • gelar lutsinar
  • garam

Aktiviti

1. Isikan air kedalam gelas sehingga separuh penuh. Letakkan telur kedalam gelas tersebut dan perhatikan.

2. Keluarkan semula telur tersebut, dan letakkan 5 sudu garam kedalam air dan kacau sehingga sebati.

3. Tambahkan air paip secara perlahan – lahan kedalam gelas sehingga hampir penuh.(pastikan air paip dan air garam tidak bercampur)

4. Dengan cermat, masukkan telur kedalam gelas, dan perhatikan.
Dimanakah kedudukan telur tersebut didalam gelas?

Kesimpulan

Air garam adalah lebih tumpat dari air paip. Maka ianya akan berada pada bahagian bawah sekali didalam gelas. Sekiranya anda memasukkan telur dengan perlahan, telur itu akan bergerak turun melalui air paip kerana ianya lebih tumpat, dan akan berhenti pada larutan air garam. Oleh itu, telur anda akan kelihatan seperti sedang terapung.

 

Nota kaki: pastikan anda menggunakan telur yang segar. Hal ini kerana telur yang telah tembelang atau busuk akan terapung pada permukaan air paip, disebabkan oleh udara yang telah memasuki rongga udara didalam telur, mengurangkan ketumpatannya.

Kongsikan:

Tenggelam atau Timbul

Tenggelam atau Timbul?

Setiap objek di atas muka bumi ini mempunyai ketumpatan yang berbeza. Ketumpatan adalah berat dibahagi kepada isipadu sesuatu objek.

Sebagai contoh, besi mempunyai ketumpatan yang lebih besar dibandingkan dengan kapas. Ini adalah kerana bagi saiz yang sama bagi kedua -dua objek, besi mempunyai berat yang lebih tinggi. 

Air juga mempunyai ketumpatannya yang tersendiri . Sekiranya sejenis objek timbul pada permukaan air, maka ianya kurang tumpat dari air dan sebaliknya.

Mari kita kaji beberapa objek disekeliling kita, untuk menilai sama ada ianya lebih tumpat dari air atau kurang tumpat darinya.

Bahan – bahan yang diperlukan:

  • mangkuk
  • air paip
  • pensel kayu
  • sudu besi
  • duit syling
  • mainan lego
  • bola pingpong

Aktiviti:

  1. Isikan air kedalam mangkuk.
  2. Letakkan objek -objek lain kedalam mangkuk satu persatu, dan perhatikan sama ada ia tenggelam atau timbul.

Kongsikan: