Bilakah Kita Akan Mula Menggunakan Kereta Terbang?​

Bilakah Kita Akan Mula Menggunakan Kereta Terbang?

Sejak puluhan tahun yang lalu, manusia telah mula mengimpikan kewujudan kereta terbang, yang berfungsi seperti kapal terbang persendirian. Namun sehingga kehari ini, kita masih belum dapat merealisasikan impian ini. Kereta terbang masih belum dihasilkan secara meluas dan yang ada hanyalah pelbagai jenis prototaip. Ada yang berbentuk seperti kapal terbang, dengan sayapnya yang melebar, dan ada pula yang seperti dron, dengan sayap yang berpusing.
Apakah faktor yang menyebabkan teknologi pembangunan kereta terbang seakan – akan sepi dan kurang mendapat perhatian?

Kalau kita menyusur sejarah penciptaan kapal terbang, dan kereta. Kita dapati bahawa terdapat perbezaan ketara dari segi pembangunannya. Kapal terbang direka supaya ringan, nipis dan berbentuk aerodinamik, bagi menghasilkan daya angkat yang besar. Sebaliknya, kereta pula direka untuk mempunyai keluasan yang besar, dan berat bagi menghasilkan kestabilan untuk kekal berada diatas jalan raya. Maka, perbezaan ini akan menyebabkan kesulitan dalam membina reka bentuk yang terbaik. Mana tidaknya, sudah tentu sayap yang lebih besar atau kuasa rotor yang lebih padu diperlukan sekiranya badan sebuah kereta itu ingin diangkat.

AeroMobil

Beberapa syarikat telah pun menyiapkan prototaip bagi kereta terbang. Syarikat AeroMobil dari Slovakia telah menghabiskan lebih 300,000 jam dalam membina sebuah kereta terbang bersayap yang berfungsi dengan baik. setelah melalui 4 fasa penyelidikan dan penambah baikan, mungkinkah kita akan dapat melihat kereta terbang ini bersusuran dijalan dan diawangan? Mungkin agak sukar disebabkan anggaran kos untuk sebuah kereta terbang keluaran syarikat ini adalah kira USD1.3 Juta, dan anda tetap memerlukan lesen juruterbang untuk mengendalikannya.

Syarikat – syarikat lain seperti Uber, GM dan Hyundai tidak terkecuali dalam pembangunan kereta terbang. Akan tetapi, mereka lebih memfokuskan reka bentuk VTOLs(Vertical Take-Off and Landing aircraft) yang menyerupai helikopter atau dron. Sehingga kini, terdapat banyak prototaip yang telah dibina menggunakan konsep ini, tetapi pada masa kini, ianya lebih tertumpu untuk digunakan sebagai teksi udara, dan ianya juga mempunyai tempat perhentian yang sama seperti sebuah helipad, yang digelar ‘skyports’. Maka secara umumnya, rekaan sebegini tidaklah boleh dikira sebagai ‘kereta’ kerana ianya tidak digunakan diatas jalanraya. Akan tetapi, ada kemungkinan pembangunan skala besar bagi konsep ini yang boleh menandingi penggunaan helikopter mahupun kenderaan lain pada masa akan datang. 

Hyundai S-A1 Air Taxi

Pada pandangan kami, jenis reka bentuk VTOLs ini adalah lebih sesuai dan tampak lebih realistik untuk asimilasi dalam teknologi dunia masa kini. Walaubagaimanapun, disebabkan kosnya yang masih tinggi, disamping memerlukan faktor lain seperti kawalan trafik udara yang lebih ketat, dan kewujudan teknologi pengangkutan lain yang lebih efektif, menyebabkan teknologi ini mungkin memerlukan lebih banyak masa sebelum ianya mula menjadi sebahagian dari kehidupan kita.

Apa Itu Inersia?

Apa Itu Inersia?

Pernahkah anda menaiki tren, dan ketika ianya berhenti, anda terasa seperti ingin terjatuh, seolah olah badan anda masih ingin kedepan. Atau mungkin sekiranya ayah anda terpaksa menekan brek kereta dengan mengejut, sehingga anda atau barang- barang didalam kereta terlonjak kebahagian depan tempat duduk. Mengapa kejadian ini terjadi?
Disinilah hukum inersia berlaku. Menurut hukum ini, setiap objek yang bergerak akan cenderung untuk bergerak, dan bagi setiap objek yang pegun, akan tetap cenderung untuk pegun, ataupun tidak bergerak.

Sepertimana jika kita berada didalam kereta, apabila kereta mula bergerak dengan laju secara tiba-tiba, kita akan berasa sedikit daya yang menolak kita kebelakang. Hal yang sama turut boleh dilihat sekiranya kita dipasar raya, dan ingin menarik atau menolak menggunakan troli. Pada keadaan asal, troli tidak bergerak, justeru memerlukan daya untuk menggerakkannya, apabila ia sudah bergerak pula, ia akan meluncur sehingga daya rintangan cukup untuk memberhentikannya.

Inersia bagi setiap objek dibumi boleh diukur dari beratnya, iaitu semakin besar berat suatu objek, maka semakin besar juga inersia bagi objek tersebut. Sebagai contoh, adalah lebih mudah untuk kita menolak sebiji basikal berbanding dengan menolak sebuah kereta bukan?

Walaubagaimanapun, bagaimana pula sekiranya kita ingin membandingkan situasi lain dimana kita mempunyai dua peti yang sama beratnya, akan tetapi, kini kita menambah sebuah troli untuk menolak salah satu peti tersebut. Kini, jumlah berat bagi peti dengan troli sudah bertambah. Akan tetapi, adakah peti diatas troli lebih susah untuk ditolak, atau peti tanpa troli?

Kongsikan pendapat anda pada bahagian komen dibawah, dan nantikan jawapannya pada artikel kami yang berikutnya.

Bolehkah Pesawat Terbang Tanpa Pemandu?

Bolehkah Pesawat Terbang Tanpa Pemandu?

Tahukah Anda? Kebanyakkan kapal terbang pada hari ini diterbangkan secara automatik. Ini tidaklah bermakna juruterbang tidak diperlukan dalam pengendalian pesawat. Sebaliknya, kapal terbang dikawal oleh alat kawalan yang digabungkan ke dalam sistem kawalan utama. Juruterbang pula akan menentukan kelajuan, ketinggian, dan arah penerbangan, kemudiannya boleh berehat setelah beralih ke sistem automatik. Sistem ini juga dikenali sebagai ‘autopilot‘.

Pada hari ini, bukan sahaja kapal terbang yang mempunyai fungsi autopilot, malah kenderaan empat roda seperti kereta juga ada yang telah dibekalkan dengan fungsi moden ini. Contoh mudah seperti cruise mode yang mungkin ada pada kenderaan ibu bapa anda, mengawal kelajuan kenderaan secara automatik tanpa perlu menekan minyak.

Fungsi yang lebih baik seperti autopilot juga kini semakin popular di barat, di mana pengeluar Tesla, ada membangunkan ciri tersebut dalam kenderaan mereka. Tontoni video dibawah untuk melihat bagaimana sistem ini berfungsi.

Satu hari nanti, mungkin kenderaan yang kita naiki akan dikawal secara automatik tanpa perlu pengawasan dari diri sendiri. Perkembangan teknologi ini amat diperlukan bagi mengurangkan kesilapan manusia, yang banyak menyumbang kepada kemalangan jalan raya. Semoga kita semua dilindungi dari kejadian yang tidak diingini, maka berhati hatilah di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.

Kapal Terbang Foam dengan Lampu LED

Amat mudah untuk dipasang. Hanya pasangkan kedua2 sayap dan kapal terbang anda akan meluncur di angkasa. Amat sesuai untuk dimainkan di kawasan lapang mahupun kawasan perumahan. Jangan bimbang sekiranya ianya tersangkut dimana2 atap, pokok ataupun kenderaan lain, anda boleh mencarinya kembali, kerana ianya mempunyai lampu!( bagi kapal terbang bersaiz 48cm)

RM5-RM10

Mengapa Kenderaan Memerlukan Petrol untuk Bergerak?

Mengapa Kenderaan Memerlukan Petrol untuk Bergerak?

Pernahkah anda terfikir mengapa ayah anda sering berhenti di stesen minyak bagi mengisi petrol kedalam kereta yang anda naiki? Apakah tujuan petrol yang berbau itu diisi kedalam badan kereta?

Sebenarnya, setiap kenderaan beroda yang berenjin menjalankan proses pembakaran untuk menggerakkan enjin. Bahan yang dibakar ini atau disebut sebagai bahan api, merupakan petrol atau diesel yang diisi di stesen minyak.

Pembakaran ini dilakukan didalam kebuk pembakaran, dimana campuran udara dan petrol dimampatkan dan kemudiannya ‘spark’ akan dinyalakan bagi menghasilkan letupan kecil. letupan kecil ini akan menolak piston didalam enjin, seterusnya memberi tenaga kepada tayar untuk bergerak. Secara ringkasnya, gambaran situasi ini dapat dilihat melalui gambar dibawah.

Empat proses didalam enjin 4 strok

Asap yang terhasil oleh pembakaran ini lah yang akan keluar dari ekzos sesebuah kenderaan. Kesimpulannya, semakin tinggi kadar pembakaran yang dijalankan didalam enjin, akan menghasilkan daya tolakan pada piston yang lebih kuat, dan seterusnya meningkatkan kelajuan kenderaan.

Maka ingatlah orang yang tersayang, dan berhati – hatilah di jalan raya.

Bagaimana Pesawat Mampu Terbang?

Bagaimana Pesawat Mampu Terbang?

Pernahkah anda terfikir, saat anda melihat kapal terbang yang megah berlegaran di atas awan, bagaimana ia mampu mengangkat beban yang begitu berat sedangkan sekiranya kita cuba untuk melompat atau terbang, kita hanya mampu ‘terbang’ beberapa saat sahaja sebelum kita akan kembali keatas tanah. Hal ini disebabkan oleh daya tarikan graviti bumi yang kuat, menarik setiap benda pada permukaannya.

Maka, dengan melepaskan diri dari tekanan graviti tersebut dapat membuatkan diri kita terapung di awangan. Pesawat mempunyai sayap dan badan yang berbentuk ‘aeofoil’, dimana bentuk ini mampu memberikan daya angkat yang besar.

Prinsip Bernoulli menerangkan mengenai hubungan diantara halaju dan tekanan bagi bendalir termasuk gas dan cecair. Semakin tinggi kelajuan sesuatu bendalir, semakin rendah tekanannya. Bagi sebuah pesawat, apabila ianya bergerak kehadapan, udara yang mengalir pada bahagian atas sayapnya bergerak lebih laju daripada bahagian bawah. Perbezaan tekanan ini akan menghasilkan daya angkat yang lebih tinggi dari daya graviti dan daya seret, seterusnya membolehkan ia terbang.

Jom Buat Eksperimen!

Bahan yang diperlukan:

  1. sehelai kertas A4
Aktiviti:

1. pegang kertas A4 secara melintang dan letakkannya pada pertengahan mulut.

2. tiup dengan kuat bahagian atas kertas tersebut, anda akan dapati kertas terbang keatas.