Mengapa Kita Merasa Sejuk Selepas Mandi?

Mengapa Kita Merasa Sejuk Selepas Mandi?

Mungkin ada yang berfikir kita merasa sejuk kerana air yang digunakan untuk mandi bersuhu lebih rendah dari badan. Tapi, bagaimana pula kalau kita menggunakan air panas untuk mandi. Bukankah kita tetap merasa sejuk selepas mula mengelap tubuh kita?

Cuba ambil sehelai tisu dan basahkannya. Kemudian, lap tisu tersebut pada tapak tangan. Pada awalnya, tapak tangan kita akan basah, tetapi setelah beberapa ketika kita akan merasa sejuk ketika air mula mengering.

Proses air yang mengering ini dikenali sebagai proses penyejatan/pengewapan. Apabila proses ini berlaku, cecair akan meresap haba dimana ia mula mengewap, dan situasi ini merujuk kepada haba pada tapak tangan anda. Oleh itu,  anda akan merasa kesejukan pada telapak tangan.

Sekiranya anda mengelap bahan yang lebih cepat meruap (seperti alkohol) pada tangan anda, maka anda akan merasa lebih sejuk. Hal ini disebabkan lebih banyak haba yang diserap bagi mempercepatkan proses pengewapan.

Oleh sebab itulah, selepas kita mandi, proses penyewapan berlaku pada keseluruhan badan yang masih terdapat air, menyebabkan lebih banyak haba yang diserap dan menghasilkan sensasi sejuk kepada tubuh badan kita.

Bagaimana Petroleum Terhasil?

Bagaimana Petroleum Terhasil?

Jutaan tahun yang dahulu, bumi dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan gergasi dan dinosaur. Mereka hidup dalam keadaan aman dan damai, sehingga satu hari yang tiba mengubah nasib mereka buat selamanya.

Disuatu malam yang hening, mereka melihat ratusan malah ribuan asteroid dan komet yang berlegar diangkasa. Pada mulanya ia mungkin kelihatan cantik seperti sebuah persembahan bunga api, malangnya apabila ia mula mendekat, mereka dapat merasakan bahawa ianya akan melanggar bumi dengan kelajuan yang amat tinggi. Dan tentu sahaja ianya panas berapi apabila semakin menghampiri atmosfera bumi.

Haiwan – haiwan didalam belantara mula ketakutan dan tidak senang. Bunyi ngauman, teriakan dan tangisan mula kedengaran disegenap penjuru muka bumi. Satu demi satu meteor mula jatuh kedaratan dan lautan, menghancurkan apa sahaja yang dilanggarnya. Api besar mula membakar kawasan – kawasan yang kering, termasuk hidupan – hidupan yang ada di permukaan bumi.

Maka bermulalah episod hitam bagi bumi, dimana ia mula terbakar dan hancur, mengorbankan haiwan -haiwan yang melata. Tidak cukup dengan itu, asap yang terhasil dari pembakaran mula menyelubungi bumi, menjadikannya gelap gelita tanpa sinaran cahaya matahari. Memburukkan lagi keadaan, tumbuhan pula mula musnah kerana tidak dapat menjalankan proses fotosintesis, akibat dari ketiadaan cahaya. Suhu di permukaan bumi pula mula menurun dengan mendadak, sehingga semua air dilautan membeku.

Kejadian ini mungkin berlarutan untuk berbulan malah bertahun lamanya. Akhirnya, kebanyakkan hidupan di bumi akan terkorban, dan bangkai – bangkai haiwan dan sisa tumbuhan mula memenuhi segenap ruang. Setelah beberapa ketika, suhu dibumi mula meningkat kembali. Hujan yang kemudiannya turun, tanah2 yang runtuh akhirnya menutupi tinggalan dari bangkai – bangkai tersebut. Begitulah jasad hidupan ini tertanam jauh didalam perut bumi.

Proses kimia yang bermula dengan penguraian karbon dari bangkai haiwan dan sisa tumbuhan pun berlaku, dan setelah bertahun lamanya, keadaan suhu didalam perut bumi yang panas menyebabkan uraian tersebut terproses dalam bentuk cecair dan gas.

Jutaan tahun kemudian, manusia mula melakukan ekspedisi untuk mengorek permukaan bumi, dan hasilnya, manusia menjumpai emas hitam (minyak) didalam perut bumi, yang merupakan tinggalan dari hidupan di zaman dahulu. Begitulah asal usul petroleum dihasilkan. Ianya bukanlah sejenis bahan tenaga yang dapat dihasilkan dengan proses yang mudah, kerana ia memerlukan masa jutaan tahun tekanan dan haba untuk mendapatkan komposisi yang sesuai.

Walaubagaimanapun, para saintis menganggarkan sumber mentah minyak dunia hanya cukup untuk digunakan sehingga 47 tahun sahaja lagi. Maka, sumber alternatif tenaga seperti nuklear, air dan angin lah yang akan perlu kita gunakan pada masa hadapan.

Apakah Api Pepejal, Cecair atau Gas?

Apakah Api Pepejal, Cecair atau Gas?

Bagi manusia, penemuan api mungkin merupakan sebuah peristiwa agung yang amat penting dalam peradaban. Pada zaman dahulu, manusia adalah amat di pengaruhi oIeh persekitarannya. Suasana sejuk mahupun hujan yang lebat mungkin saja boleh memudaratkan mereka. Disamping itu, para pengkaji menyifatkan orang orang primitif adalah para pemburu yang hebat. Mana mungkin manusia dapat hidup dengan selesa sekiranya mereka perlu memburu dan mencari makanan setiap hari. Ya lah, bukannya terdapat peti ais pada dahulu kala untuk menyimpan stok makanan.

Selain dari itu, para pemburu ini seharusnya bimbang akan keselamatan ahli keluarga mereka terhadap serangan binatang buas semasa ketiadaan mereka. Pada waktu malam pula, seseorang harus berjaga demi mempertahankan tempat tinggal mereka dari diserang oleh haiwan haiwan ini.

Para saintis percaya bahawa kaum primitif mula mengenal api berdasarkan dua senario yg berbeza, iaitu mungkin dari letusan gunung berapi yang besar, ataupun dari kilat yang menyambar pepohonan lalu membakarnya.

Sungguhpun begitu, kehadiran api dalam kehidupan manusia telah merubah aspek kehidupan mereka dan seterusnya menjadikan ianya(api) sebagai pendamping utama dalam kehidupan manusia, hinggalah kesaat ini.
Namun, berapa ramai dari kita yang tahu dari mana datangnya cahaya kuning kemerah merahan yang dipanggil api itu? Adakah ianya pepejal, cecair mahupun gas?

Untuk menjawab persoalan diatas, kita seharusnya mengkaji tindak balas kimia yang memungkinkan api dihasilkan.
Cuba anda lihat pada permukaan periuk belanga yang sering digunakan oleh ibu anda didapur. Adakah anda dapati di permukaannya terdapat kotoran mahupun debu bewarna hitam?

Sebenarnya, kotoran tersebut adalah sisa Karbon. Apabila karbon dibakar, pembakaran yang tidak sempurana akan menghasilkan api yang berwarna kuning kemerahan. Api adalah terbentuk daripada partikel partikel karbon yang sangat panas. Apabila partikel ini menyentuh bontot periuk atau kuali anda yang sejuk, ianya akan menyejuk dengan cepat, justeru menghasilkan sisa berwarna hitam padanya. Selain itu, pembakaran bahan api juga akan menghasilkan wap air dan karbon dioksida. Formula dibawah menerangkan secara ringkas tindak balas kimia yang berlaku apabila proses pembakaran lengkap bagi bahan bakar dilakukan.


C3H8 + 5 O2 → 3 CO2 + 4 H2O

Sekiranya pembakaran yang lengkap dijalankan, kita akan dapat melihat api bewarna biru. Maka, apakah api itu pepejal, cecair ataupun gas?

Api bukanlah sebuah pepejal, kerana ianya tidak mempunyai bentuk yang tetap. Isipadunya juga tidak tetap menjadikan ianya tidak dikategorikan sebagai cecair.

Sebenarnya, sehingga ke saat ini para saintis masih belum bersepakat samada api harus berada dalam kategori gas, ataupun jirim ke empat yang dinamakan plasma. Menurut mereka, api yang kecil yang biasa kita lihat didapur atau pada lilin hanyalah gas yang bertindak balas, manakala api yang terion dengan kadar yang tinggi, merupakan plasma. Plasma merupakan suatu sifat jirim bagi gas terion dimana ianya mempunyai elektron yang bebas bergerak. Dalam bahasa yang lebih mudah, api yang kecil itu adalah bersifat gas, manakala api yang terlampau panas adalah plasma.

Maka, bergantung kepada jenis api yang ingin anda kenalpasti, ia mungkin disebut sebagai gas atau plasma.

Bagaimana ‘Airbag’ berkembang Sekelip Mata?

Bagaimana ‘Airbag’ berkembang Sekelip Mata?

Kebiasannya, setiap kereta moden pada zaman ini dilengkapi dengan sistem beg udara yang berfungsi untuk keselamatan para pemandu dan penumpang. Menariknya adalah bagaimana hanya sekelip mata, beg udara ini akan dipenuhi dengan gas sehingga memenuhi ruang depan tempat duduk . Pernahkah anda terfikir proses apa yang menyebabkan keadaan ini berlaku?

Sebenarnya, sejenis bahan kimia turut dimuatkan didalam beg udara ini iaitu Sodium Azide. Bahan ini merupakan sejenis garam yang toksik, hasil gabungan ionik sodium dan nitrogen dengan formula kimia NaN3.

Apabila perlanggaran berlaku, sensor yang terletak pada bahagian hadapan kereta akan menghantar isyarat dan seterusnya mengaktifkan impuls elektrik pada beg udara. Impuls ini akan meningkatkan suhu bahan kimia sehingga 300 °C yang seterusnya menyebabkan perlepasan gas nitrogen didalam beg udara. Proses pemanasan ini dapat dirujuk melalui:

2 NaN3 → 2 Na + 3 N2

Formula diatas menunjukkan bahawa dengan pemanasan Sodium Azide pada suhu 300 °C akan menghasilkan sodium dan gas nitrogen.

Apabila kepala sudah menekan beg udara ini, ianya akan kembali mengepis secara perlahan – lahan melalui lubang kecil pada bahagian belakangnya. Ini akan membentuk cushion untuk mengurangkan tekanan yang dikenakan kepada pemandu/penumpang.

Inilah salah satu aplikasi tindak balas bahan kimia yang digunakan demi kesejahteraan manusia. Mari pelajari lebih banyak tindak balas yang boleh memberikan kebaikan kepada diri kita semua.