🥚Telur Terapung
Ambil sebiji telur didapur, dan masukkannya kedalam segelas air. Anda akan dapati telur tersebut tenggelam sepenuhnya didalam air kan?
Ini menunjukkan bahawa telur lebih tumpat daripada air. Okay, jom buat silap mata dengan membuatnya terapung!

Telur Mentah

Air Kosong

Gelas Lutsinar

Garam
Aktiviti
1. Isikan air kedalam gelas sehingga separuh penuh. Letakkan telur kedalam gelas tersebut dan perhatikan.

2. Keluarkan semula telur tersebut, dan letakkan 5 sudu garam kedalam air dan kacau sehingga sebati.

3. Tambahkan air paip secara perlahan – lahan kedalam gelas sehingga hampir penuh.(pastikan air paip dan air garam tidak bercampur)

4. Dengan cermat, masukkan telur kedalam gelas, dan perhatikan. Dimanakah kedudukan telur tersebut didalam gelas?

Kesimpulan
Air garam adalah lebih tumpat dari air paip. Maka ianya akan berada pada bahagian bawah sekali didalam gelas.
Sekiranya anda memasukkan telur dengan perlahan, telur itu akan bergerak turun melalui air paip kerana ianya lebih tumpat, dan akan berhenti pada larutan air garam.
Oleh itu, telur anda akan kelihatan seperti sedang terapung.
Nota kaki: pastikan anda menggunakan telur yang segar. Hal ini kerana telur yang telah tembelang atau busuk akan terapung pada permukaan air paip, disebabkan oleh udara yang telah memasuki rongga udara didalam telur, mengurangkan ketumpatannya.