
Awan Oort
- Awan Oort menandakan kawasan yang paling hujung dalam sistem solar.
- Kebanyakkan komet yang dikenalpasti pada hari ini mungkin berasal dari kawasan awan Oort.
- Saiz Awan Oort ini amat besar, dengan ketebalan dindingnya sahaja mencecah 3 tahun cahaya. 1 tahun cahaya adalah kira kira 9 trilion kilometer. Bayangkan..
- Walaupun saiznya besar, tiada siapa yang pernah melihatnya lagi. Segala fakta dan kajian mengenai awan ini hanyalah berdasarkan teori, model simulasi komputer dan inferens.
- Voyager 1, satelit yang paling jauh dari bumi hanya mampu melintasi awan Oort dalam jangkamasa kira -kira 300 tahun lagi. Malangnya, kuasa nuklear yang digunakan untuk menyalurkan elekrik kepada satelit ini dijangka hanya dapat bertahan sehingga tahun 2025 sahaja.