Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling popular didunia.
Terdapat lebih 500 juta ekor kucing peliharaan didunia. Pendek kata, dimana sahaja anda boleh melihat si comel ini.
Berat purata bagi seekor kucing dewasa antara 4-5kg, manakala rekod kucing domestik yang terberat pernah dicatatkan adalah 21kg.
kucing tidur selama 13-14 jam sehari
Kucing merupakan haiwan yang pembersih. Banyak masa dihabiskan olehnya untuk menjilat bulu2 untuk memastikan ianya kekal bersih. Sekiranya ia membuang najis, haiwan ini akan mencari kawasan yang berpasir, untuk menimbus kembali buangannya.
Seekor kucing mempunyai tubuh yang fleksibel membolehkannya memburu haiwan kecil seperti tikus
Apabila ia berjalan, tapak kaki belakangnya akan memijak tempat sama yang telah dipijak oleh tapak kaki hadapan. Ini membolehkannya mengurangkan kesan jejak
Ia juga dianugerahkan daya penglihatan yang cukup baik dalam kawasan gelap atau pada waktu malam, dimana ia hanya memerlukan cahaya kurang 6 kali ganda dari manusia untuk melihat
Secara purata ia hidup antara 12-15 tahun