Apa Itu Inersia?

Pernahkah anda menaiki tren, dan ketika ianya berhenti, anda terasa seperti ingin terjatuh, seolah olah badan anda masih ingin kedepan. Atau mungkin sekiranya ayah anda terpaksa menekan brek kereta dengan mengejut, sehingga anda atau barang- barang didalam kereta terlonjak kebahagian depan tempat duduk. Mengapa kejadian ini terjadi?
Disinilah hukum inersia berlaku. Menurut hukum ini, setiap objek yang bergerak akan cenderung untuk bergerak, dan bagi setiap objek yang pegun, akan tetap cenderung untuk pegun, ataupun tidak bergerak.

Sepertimana jika kita berada didalam kereta, apabila kereta mula bergerak dengan laju secara tiba-tiba, kita akan berasa sedikit daya yang menolak kita kebelakang. Hal yang sama turut boleh dilihat sekiranya kita dipasar raya, dan ingin menarik atau menolak menggunakan troli. Pada keadaan asal, troli tidak bergerak, justeru memerlukan daya untuk menggerakkannya, apabila ia sudah bergerak pula, ia akan meluncur sehingga daya rintangan cukup untuk memberhentikannya.

Inersia bagi setiap objek dibumi boleh diukur dari beratnya, iaitu semakin besar berat suatu objek, maka semakin besar juga inersia bagi objek tersebut. Sebagai contoh, adalah lebih mudah untuk kita menolak sebiji basikal berbanding dengan menolak sebuah kereta bukan?

Walaubagaimanapun, bagaimana pula sekiranya kita ingin membandingkan situasi lain dimana kita mempunyai dua peti yang sama beratnya, akan tetapi, kini kita menambah sebuah troli untuk menolak salah satu peti tersebut. Kini, jumlah berat bagi peti dengan troli sudah bertambah. Akan tetapi, adakah peti diatas troli lebih susah untuk ditolak, atau peti tanpa troli?

Kongsikan pendapat anda pada bahagian komen dibawah, dan nantikan jawapannya pada artikel kami yang berikutnya.