Bagaimana Pesawat Mampu Terbang?

Pernahkah anda terfikir, saat anda melihat kapal terbang yang megah berlegaran di atas awan, bagaimana ia mampu mengangkat beban yang begitu berat sedangkan sekiranya kita cuba untuk melompat atau terbang, kita hanya mampu ‘terbang’ beberapa saat sahaja sebelum kita akan kembali keatas tanah. Hal ini disebabkan oleh daya tarikan graviti bumi yang kuat, menarik setiap benda pada permukaannya.

Maka, dengan melepaskan diri dari tekanan graviti tersebut dapat membuatkan diri kita terapung di awangan. Pesawat mempunyai sayap dan badan yang berbentuk ‘aeofoil’, dimana bentuk ini mampu memberikan daya angkat yang besar.

Prinsip Bernoulli menerangkan mengenai hubungan diantara halaju dan tekanan bagi bendalir termasuk gas dan cecair. Semakin tinggi kelajuan sesuatu bendalir, semakin rendah tekanannya. Bagi sebuah pesawat, apabila ianya bergerak kehadapan, udara yang mengalir pada bahagian atas sayapnya bergerak lebih laju daripada bahagian bawah. Perbezaan tekanan ini akan menghasilkan daya angkat yang lebih tinggi dari daya graviti dan daya seret, seterusnya membolehkan ia terbang.

Jom Buat Eksperimen!

Bahan yang diperlukan:

  1. sehelai kertas A4
Aktiviti:

1. pegang kertas A4 secara melintang dan letakkannya pada pertengahan mulut.

2. tiup dengan kuat bahagian atas kertas tersebut, anda akan dapati kertas terbang keatas.