Mengapa Kenderaan Memerlukan Petrol untuk Bergerak?

Pernahkah anda terfikir mengapa ayah anda sering berhenti di stesen minyak bagi mengisi petrol kedalam kereta yang anda naiki? Apakah tujuan petrol yang berbau itu diisi kedalam badan kereta?

Sebenarnya, setiap kenderaan beroda yang berenjin menjalankan proses pembakaran untuk menggerakkan enjin. Bahan yang dibakar ini atau disebut sebagai bahan api, merupakan petrol atau diesel yang diisi di stesen minyak.

Pembakaran ini dilakukan didalam kebuk pembakaran, dimana campuran udara dan petrol dimampatkan dan kemudiannya ‘spark’ akan dinyalakan bagi menghasilkan letupan kecil. letupan kecil ini akan menolak piston didalam enjin, seterusnya memberi tenaga kepada tayar untuk bergerak. Secara ringkasnya, gambaran situasi ini dapat dilihat melalui gambar dibawah.

Empat proses didalam enjin 4 strok

Asap yang terhasil oleh pembakaran ini lah yang akan keluar dari ekzos sesebuah kenderaan. Kesimpulannya, semakin tinggi kadar pembakaran yang dijalankan didalam enjin, akan menghasilkan daya tolakan pada piston yang lebih kuat, dan seterusnya meningkatkan kelajuan kenderaan.

Maka ingatlah orang yang tersayang, dan berhati – hatilah di jalan raya.