Apakah Api Pepejal, Cecair atau Gas?

Bagi manusia, penemuan api mungkin merupakan sebuah peristiwa agung yang amat penting dalam peradaban. Pada zaman dahulu, manusia adalah amat di pengaruhi oIeh persekitarannya. Suasana sejuk mahupun hujan yang lebat mungkin saja boleh memudaratkan mereka. Disamping itu, para pengkaji menyifatkan orang orang primitif adalah para pemburu yang hebat. Mana mungkin manusia dapat hidup dengan selesa sekiranya mereka perlu memburu dan mencari makanan setiap hari. Ya lah, bukannya terdapat peti ais pada dahulu kala untuk menyimpan stok makanan.

Selain dari itu, para pemburu ini seharusnya bimbang akan keselamatan ahli keluarga mereka terhadap serangan binatang buas semasa ketiadaan mereka. Pada waktu malam pula, seseorang harus berjaga demi mempertahankan tempat tinggal mereka dari diserang oleh haiwan haiwan ini.

Para saintis percaya bahawa kaum primitif mula mengenal api berdasarkan dua senario yg berbeza, iaitu mungkin dari letusan gunung berapi yang besar, ataupun dari kilat yang menyambar pepohonan lalu membakarnya.

Sungguhpun begitu, kehadiran api dalam kehidupan manusia telah merubah aspek kehidupan mereka dan seterusnya menjadikan ianya(api) sebagai pendamping utama dalam kehidupan manusia, hinggalah kesaat ini.
Namun, berapa ramai dari kita yang tahu dari mana datangnya cahaya kuning kemerah merahan yang dipanggil api itu? Adakah ianya pepejal, cecair mahupun gas?

Untuk menjawab persoalan diatas, kita seharusnya mengkaji tindak balas kimia yang memungkinkan api dihasilkan.
Cuba anda lihat pada permukaan periuk belanga yang sering digunakan oleh ibu anda didapur. Adakah anda dapati di permukaannya terdapat kotoran mahupun debu bewarna hitam?

Sebenarnya, kotoran tersebut adalah sisa Karbon. Apabila karbon dibakar, pembakaran yang tidak sempurana akan menghasilkan api yang berwarna kuning kemerahan. Api adalah terbentuk daripada partikel partikel karbon yang sangat panas. Apabila partikel ini menyentuh bontot periuk atau kuali anda yang sejuk, ianya akan menyejuk dengan cepat, justeru menghasilkan sisa berwarna hitam padanya. Selain itu, pembakaran bahan api juga akan menghasilkan wap air dan karbon dioksida. Formula dibawah menerangkan secara ringkas tindak balas kimia yang berlaku apabila proses pembakaran lengkap bagi bahan bakar dilakukan.


C3H8 + 5 O2 → 3 CO2 + 4 H2O

Sekiranya pembakaran yang lengkap dijalankan, kita akan dapat melihat api bewarna biru. Maka, apakah api itu pepejal, cecair ataupun gas?

Api bukanlah sebuah pepejal, kerana ianya tidak mempunyai bentuk yang tetap. Isipadunya juga tidak tetap menjadikan ianya tidak dikategorikan sebagai cecair.

Sebenarnya, sehingga ke saat ini para saintis masih belum bersepakat samada api harus berada dalam kategori gas, ataupun jirim ke empat yang dinamakan plasma. Menurut mereka, api yang kecil yang biasa kita lihat didapur atau pada lilin hanyalah gas yang bertindak balas, manakala api yang terion dengan kadar yang tinggi, merupakan plasma. Plasma merupakan suatu sifat jirim bagi gas terion dimana ianya mempunyai elektron yang bebas bergerak. Dalam bahasa yang lebih mudah, api yang kecil itu adalah bersifat gas, manakala api yang terlampau panas adalah plasma.

Maka, bergantung kepada jenis api yang ingin anda kenalpasti, ia mungkin disebut sebagai gas atau plasma.