Bagaimana ‘Airbag’ berkembang Sekelip Mata?

Kebiasannya, setiap kereta moden pada zaman ini dilengkapi dengan sistem beg udara yang berfungsi untuk keselamatan para pemandu dan penumpang. Menariknya adalah bagaimana hanya sekelip mata, beg udara ini akan dipenuhi dengan gas sehingga memenuhi ruang depan tempat duduk . Pernahkah anda terfikir proses apa yang menyebabkan keadaan ini berlaku?

Sebenarnya, sejenis bahan kimia turut dimuatkan didalam beg udara ini iaitu Sodium Azide. Bahan ini merupakan sejenis garam yang toksik, hasil gabungan ionik sodium dan nitrogen dengan formula kimia NaN3.

Apabila perlanggaran berlaku, sensor yang terletak pada bahagian hadapan kereta akan menghantar isyarat dan seterusnya mengaktifkan impuls elektrik pada beg udara. Impuls ini akan meningkatkan suhu bahan kimia sehingga 300 °C yang seterusnya menyebabkan perlepasan gas nitrogen didalam beg udara. Proses pemanasan ini dapat dirujuk melalui:

2 NaN3 → 2 Na + 3 N2

Formula diatas menunjukkan bahawa dengan pemanasan Sodium Azide pada suhu 300 °C akan menghasilkan sodium dan gas nitrogen.

Apabila kepala sudah menekan beg udara ini, ianya akan kembali mengepis secara perlahan – lahan melalui lubang kecil pada bahagian belakangnya. Ini akan membentuk cushion untuk mengurangkan tekanan yang dikenakan kepada pemandu/penumpang.

Inilah salah satu aplikasi tindak balas bahan kimia yang digunakan demi kesejahteraan manusia. Mari pelajari lebih banyak tindak balas yang boleh memberikan kebaikan kepada diri kita semua.